HRM Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada April 2013 secara rasminya dengan lesen yang diperolehi dari pelancongan. Pengarahnya ialah Haji Ramli Bin Mamat berusia 62 tahun, berasal dan menetap di Kampung Rambai Jantan, Marang Terengganu. Beliau seorang yang sangat berkaliber dan berdedikasi.Buat pertama kalinya beliau bersama isteri Hajah Hanipah Binti Md Lazim menjejakkan kaki di tanah suci Makkah pada tahun 90-an dengan mengikuti agensi pelancongan Muslimin Travel. Disini lah lahirnya rasa minat dalam bidang pelancongan atau pakej umrah, semenjak itu beliau cuba menceburi  bidang ini menggunakan atau bekerjasama dengan KRS Travel & Tours Sdn Bhd yang beralamat di Empangan Seremban  pada tahun 2003. Pada kali pertama beliau membawa para Jemaah pada tahun 1992 seramai 6 orang dan beliau sendiri yang menjadi mutawif pada ketika itu. Seterusnya, anaknya Rizal Bin Ramli mencadangkan supaya menubuhkan syarikat mereka sendiri. Beliau menyahut cadangan anaknya dengan menubuhkan HRM Travel & Tours Sdn Bhd dengan bermodalkan RM1 juta dengan wang simpanan beliau sendiri. Pejabatnya beroperasi dialamat No. 118 Kg Rambai Jantan, 21600 Marang Terengganu.

Pada awalnya beliau hanya menumpukan pada umrah sahaja dan tidak menawarkan pelancongan ke luar negara kecuali umrah. Pengalaman beliau dalam menguruskan Jemaah Haji atau umrah bermula pada 80-an sehingga sekarang, iaitu 36 tahun. Sepanjang beliau menjalankan perniagaannya sendiri, beliau belum pernah menghadapi sebarang masalah berkenaan dengan umrah atau haji. Disini dapat kita nilai sendiri sifat ketelitian dalam diri beliau bagi memastikan perkhidmatannya sentiasa berada pada tahap tinggi. Prinsip beliau harus lah sentiasa jujur dengan semua orang, contohnya berkenaan dengan jarak hotel atau harga yang ditawarkan. Inilah yang menjadikan kebanyakkan bekas pelanggan akan menjadi pelanggan kali kedua atau seterusnya. Dengan kemajuan sedikit demi sedikit, beliau sudah mempunyai beberapa cawangan seperti di Kuala Lumpur,  dan Kuala Terengganu. Tidak kurang juga dengan ejen sah dari syarikatnya sendiri.

HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 07 April 2001. Pada peringkat permulaan,  HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan Umrah, ziarah, Haji dan Badal Haji, tempahan bagi Air ZAM ZAM dan sewaan kereta.

 

OBJEKTIF SYARIKAT

 

Dalam industri pelancongan yang semakin berkembang, HRM Travel & Tours Sdn. Bhd akan memberi tumpuan kepada perjalanan percutian antarabangsa. Memberikan pengalaman melancong yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan yang inginkan mutu perkhidmatan yang tinggi serta tempat penginapan yang memuaskan.

HRM Travel & Tours Sdn. Bhd akan mempunyai kelebihan daya saing berbanding dengan lain-lain agensi pelancongan yang sedia ada dengan menyediakan pakej pelancongan yang lebih eksklusif yang membolehkan pelanggan berkumpulan untuk mendapat perhatian peribadi.

Pengasas dan kakitangan HRM Travel & Tours Sdn. Bhd mempunyai pengalaman tersendiri di dalam industri pelancongan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada individu dengan nilai murni, sejarah destinasi pelancongan dan bahasa tempatan.

 


VISI KORPORAT

VISI

Untuk menjadi satu organisasi yang diterajui oleh sekumpulan usahawan yang dinamik yang mempunyai misi untuk melaksanakan visi dalam mencapai era perubahan globalisasi dan untuk pengurusan pelancongan yang boleh berdiri dengan sendiri dan memastikan perkhidmatan pelancongan boleh diterima oleh semua pihak, termasuk: ahli perniagaan, korporat, institusi dan individu.

MISI

Misi HRM Travel & Tours Sdn. Bhd adalah untuk memberi pengalaman percutian yang unik dan menarik serta dapat memuaskan para pelanggan seterusnya mendapat tempahan ulangan. HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah pakar dalam bidang pelancongan, diiktiraf untuk menawarkan perkhidmatan yang luar biasa dan dapat menjangka setiap keperluan dan kehendak pelanggan. Setiap pelanggan HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. gembira dengan perkhidmatan profesional, kelas pertama yang kami beri dan sediakan.  Misi HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah untuk menjadi pembekal terkemuka pakej perjalanan percutian ke Malaysia.

 

HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi pelancongan yang profesional dengan: -

  1. Mendahulukan keutamaan pelanggan dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti dan sistematik.
  2. Menawarkan perkhidmatan pelancongan dengan kos yang berpatutan.
  3. Menyediakan perkhidmatan teknologi pengurusan pelancongan pada tahap yang tinggi dan menerima sebarang penyelesaian yang berkaitan dengan industri pelancongan secara keseluruhannya.
  4. Pengurusan yang professional dan bertanggungjawab melalui latihan pengurusan yang strategik melalui komunikasi pemasaran yang baik.
  5. Menyediakan perkhidmatan jualan yang inovatif melalui pelatih yang profesional dan kakitangan yang berpengalaman dalam jaringan industri pelancongan dan “semangat bekerjasama secara berpasukan.”

 

Kunci Kejayaan :

  1. Mengenal pasti segmen pasaran dan seterusnya memasarkan produk pelancongan ke dalam pasaran yang lebih besar.
  2. Berjaya meletakkan HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai pakar dalam industri pelancongan negara.
  3. Berkomunikasi, perbezaan dan kualiti persembahan melalui interaksi peribadi dan media.
  4. Berjaya mendapatkan pelanggan yang setia (berulang).
  5. Menghasilkan tahap tertinggi kepuasan pelanggan dalam industri ini.
  6. Mengadakan jaringan perniagaan dengan agen luar dan dalam negara.
  7. Menghadiri expo-expo pelancongan antarabangsa dan domestik untuk mempromosikan perkhidmatan syarikat.